PRA-PELANCARAN PROGRAM GENDANG PERANG TEMPUR RASUAH HANCUR DADAH
Pada 9 Februari 2025, MBI Selangor dengan kerjasama Rasuah Busters, Persatuan Mencegah Dadah (PEMADAM) Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam telah menjalankan Pra-pelancaran Program Gendang Perang Tempur Rasuah Hancur Dadah. Program yang dijalankan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam sempena program Shah Alam – Hari Tanpa Kenderaan tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim, Datuk Bandar Shah Alam.
Persembahan gendang daripada pelbagai kaum telah ditampilkan. Aktiviti mewarna antirasuah dan hindari dadah turut sama diselitkan.