Integriti & Governans

IG_Logo_BM_White_Hor
e-Aduan

Integriti &

governans

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)

Maju Bersama Dengan Integriti

Penubuhan JIG adalah selaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri Siri 1 No. 1 Tahun 2018, di mana penubuhan unit integriti & governans dikuatkuasakan pada bulan Jun 2020 dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan, syarikat-syarikat yang dimiliki Kementerian dan agensi Kerajaan.

Objektif penubuhan JIG MBI adalah untuk menyepadukan semua pengurusan hal-hal berkaitan integriti di bawah satu jabatan yang khusus bertujuan supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih fokus dan terancang agar elemen penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan dan pencegahan salah laku dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.

OACP-MBI

Pelan Antirasuah Organisasi MBI

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) dihasilkan dengan komitmen berterusan daripada kesemua jabatan untuk memperkukuhkan tadbir urus, integriti dan antirasuah di kalangan warga kerja MBI melalui pelaksanaan tindakan preventif dan proaktif sepertimana yang digariskan dibawah pelan tersebut.

Yang Amat Berhormat
Dato' Seri Amirudin Shari

Dato’ Menteri Besar Selangor

Integriti ini seharusnya dilihat dalam konteks yang luas dan bukan hanya tertumpu kepada amalan rasuah tetapi ianya berhubung rapat dengan pentadbiran dan peraturan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan dalam akta berkaitan.

Justeru, sebagai satu usaha gigih dalam memupuk amalan integriti dan membanteras amalan rasuah, MBI menerusi Jabatan Integriti dan Governans telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan satu (1) sistem yang dinamakan sebagai Integriti dan Governans MBI yang mana sistem ini merupakan titik permulaan MBI dan syarikat milikannya mengukuhkan amalan tadbir urus yang baik.

Usaha ini sekali gus menunjukkan dan membuktikan kepada orang awam akan pendirian Kerajaan Negeri yang menolak rasuah dan menitikberatkan integriti dalam segala urusan perkhidmatan awam.

Yang Berusaha
Puan Hajah Norita Mohd Sidek

Ketua Pegawai Eksekutif MBI Selangor

Kesungguhan MBI Selangor yang memperkasakan satu agenda integriti telah menjadi satu bukti komitmen terhadap tadbir urus yang telus dan berintegriti di bawah kepimpinan YAB Dato’ Menteri Besar.

MBI Selangor dan syarikat milikannya terdedah dengan pelbagai risiko pengurusan, maka dengan kewujudan Jabatan Integriti dan Governans ini akan lebih memberikan gambaran yang jelas kepda rakan strategik dan pemegang taruh terhadap etika dan budaya tadbir urus yang diamalkan oleh MBI Selangor.

Ikrar Bebas Rasuah (IBR) mahupun akujanji ke atas pelaksanaan Integriti dan Governans ini menunjukan kesedian MBI untuk menggembleng usaha ke arah yang lebih bertanggungjawab dan telus. Seiring dengan semakan pematuhan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri. 

Julailey Jemadi - Hajah - MBI 1 (2)
Polisi Kod Etika Kerja dan Tatalaku Kakitangan

Polisi ini bertujuan mengawal selia amalan kerja yang berkaitan dengan urusniaga syarikat serta tingkah laku kakitangan.

polisi kod etika perniagaan

Menggariskan kelakuan yang diterima dan tidak boleh diterima dari perspektif undang-undang dan etika perniagaan MBI Selangor.

polisi penerimaan & pemberian hadiah

Polisi ini tidak membenarkan warga kerja MBI Selangor memberi atau menerima hadiah secara peribadi daripada mana-mana pihak.

Polisi anti-Rasuah dan Penyelewengan

MBI Selangor mengamalkan pendekatan toleransi sifar terhadap semua bentuk sogokan dan rasuah.

Polisi konflik kepentingan

Mengelakkan berlakunya konflik kepentingan dalam tugasan kerja kakitangan yang melibatkan “saudara”.

polisi pemberi maklumat (Whistle Blowing)

Polisi ini bertujuan menyediakan saluran kepada semua warga kerja MBI Selangor dan orang awam untuk mendedahkan sebarang kelakuan yang tidak wajar.