Pada 30 Januari 2026, Jabatan Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti (“JPRTUI”) MBI Selangor telah mengadakan Mesyuarat CeIO Kumpulan MBI Bilangan 01/2026 dengan mengumpulkan 22 Pegawai Perhubungan Integriti (“ILO”) Kumpulan MBI daripada 15 syarikat milikan MBI.
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk menyampaikan rancangan tahunan JPRTUI MBI dan hal-hal governans yang melibatkan syarikat milikan MBI serta membincangkan perkara-perkara berbangkit.