Integriti & Governans

IG_Logo_BM_White_Hor
e-Aduan
Acara

IKRAR BEBAS RASUAH TOURISM SELANGOR SDN BHD 2026

Pada 4 Mei 2026, Jabatan Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti (“JPRTUI”) telah memenuhi jemputan daripada Tourism Selangor Sdn Bhd (“TSSB”) sempena program Ikrar Bebas Rasuah yang dianjurkan oleh syarikat tersebut. Program turut diisi dengan sesi taklimat integriti yang disampaikan oleh Encik Muhammad Aizat Bin Kamarudin, Certified HRD Corp TTT Trainer, bagi meningkatkan kesedaran berkaitan integriti, etika kerja dan pencegahan rasuah dalam organisasi. Turut hadir memeriahkan program ialah Puan Chua Yee Ling, Ketua Pegawai Eksekutif TSSB bersama Puan Mudirah Binti Muhammad Nor, Ketua JPRTUI sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh budaya kerja berintegriti dalam organisasi.