Skip to main content

Integriti & Governans

Acara

INVEST SELANGOR BERHAD PERKUKUH INTEGRITI DAN TADBIR URUS, ANJUR BENGKEL STRATEGI PEMBANTERASAN RASUAH ORGANISASI (OACS) DAN SEMAKAN PENGURUSAN RISIKO RASUAH (CRM) BAGI PEMATUHAN TATACARA MENCUKUP DI BAWAH LIABILITI KORPORAT

Invest Selangor Berhad telah menganjurkan Bengkel Strategi Pembanterasan Rasuah Organisasi (OACS) pada 11 hingga 13 Ogos 2026 di Klang bagi memperkukuh tadbir urus dan menilai risiko rasuah secara berstruktur. Bengkel yang diketuai Encik Arieff Aaron Yap Teck Kee bin Abdullah ini turut disertai wakil MBI, Puan Mudirah binti Muhammad Nor dan Encik Muhammad Aizat bin Kamarudin, manakala sesi penilaian risiko diterajui oleh PPj Azuan bin Adzhar dari SPRM Negeri Selangor. Usaha ini bertujuan memantapkan kawalan dalaman organisasi demi mengekalkan keyakinan pelabur serta memperkukuh kedudukan Selangor sebagai destinasi pelaburan yang berintegriti dan berdaya saing.