Management and Science University (MSU) dengan kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI Selangor”) dan PEMADAM Negeri Selangor telah mengadakan program MOULD 4.0 (MSU Outstanding Leadership Development) yang berlangsung di Kem Permata Resort, Alor Gajah pada 18 Julai 2026 dengan penyertaan seramai 152 penuntut MSU termasuklah penuntut daripada Brunei, Maldives, Indonesia, Kenya, Bangladesh, Sudan dan Pakistan.
Program pembangunan sahsiah dan kepimpinan mahasiswa ini telah diselitkan dengan sesi ceramah yang memperkenalkan 12 jenis leadership. Antara kupasan menarik adalah Authentic Leadership yang menekankan kepimpinan yang berintegriti, jati diri, kepimpinan beretika serta kesedaran terhadap bahaya penyalahgunaan dadah sebagai asas melahirkan pemimpin masa hadapan yang berwibawa dan bertanggungjawab.