PENERANGAN POLISI PENGURUSAN ADUAN & POLISI RUJUKAN KEPADA PIHAK BERKUASA (SESI 2)
Shah Alam, 19 Ogos 2026 – Satu sesi “Majlis Ilmu 1 Jam” telah dianjurkan oleh Centre of Excellence, Menteri Besar Selangor (Incorporation) bagi memberi penerangan mengenai Polisi Integriti, khususnya Polisi Pengurusan Aduan dan Polisi Rujukan Kepada Pihak Berkuasa.
Sesi yang berlangsung secara dalam talian melalui platform Microsoft Teams dari jam 10 hingga 11 pagi itu menampilkan En. Muhammad Aizat Kamarudin sebagai pembentang utama, manakala Pn. Mudirah Muhammad Nor bertindak sebagai pakar bidang.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta pemahaman warga kerja terhadap kepentingan integriti dan amalan tadbir urus yang baik dalam organisasi, selaras dengan usaha memperkukuh budaya bebas rasuah.