SESI LIBAT URUS JABATAN PENGURUSAN RISIKO, TADBIR URUS & INTEGRITI (JPRTUI) MBI SELANGOR BERSAMA BAHAGIAN PENGURUSAN INTEGRITI AGENSI (BPIA) SPRM PUTRAJAYA
Pada 6 April 2026, Jabatan Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti (“JPRTUI”) MBI Selangor telah mengadakan satu sesi libat urus dengan Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (“BPIA”), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (“SPRM”) Putrajaya bagi membincangkan berkenaan penarafan risiko ke atas syarikat dan sesi perkongsian aktiviti MBI Selangor. Sesi yang dipengerusikan oleh KPKPj Hamidah bt Aziz, Timbalan Pengarah (Pembangunan) turut dihadiri oleh pegawai integriti daripada Air Selangor Holding Berhad, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad.