SESI PERKONGSIAN BERSAMA RANTAIAN MESRA SENDIRIAN BERHAD (RMSB)
Pada 11 Mei 2026, Jabatan Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti (“JPRTUI”) telah memenuhi jemputan daripada Rantaian Mesra Sdn Bhd (“RMSB”), salah satu syarikat milikan MBI, bagi mengadakan sesi perkongsian berkaitan aspek integriti, tadbir urus dan pengurusan risiko di pejabat mereka. Sesi ini memberi fokus kepada perkongsian amalan tadbir urus, pengalaman, cabaran, aktiviti serta isu-isu berkaitan pengurusan integriti dan risiko sebagai rujukan dalam memperkukuh fungsi governans organisasi. Semoga sesi perkongsian ini dapat memberi manfaat serta mempereratkan hubungan kerjasama antara syarikat dalam usaha membudayakan integriti dan pengurusan risiko yang berkesan.