MESYUARAT PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH (CeIO) KUMPULAN MBI BIL 01/2023
Jabatan Integriti dan Governans (“JIG”) telah mengadakan Mesyuarat Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Kumpulan MBI Bil 01/2023 bagi tujuan memaklumkan kepada Integrity Liaison Officer (“ILO”) syarikat milikan MBI berkaitan perancangan tahunan dan takwim aktiviti JIG MBI di mana terdapat beberapa aktiviti yang akan melibatkan ILO syarikat milikan.
Mesyuarat tersebut yang dihadiri oleh 17 ILO daripada 16 syarikat milikan MBI turut membincangkan perancangan pelaksanaan pembangunan CRM dan OACP di peringkat syarikat milikan.