Integriti & Governans

IG_Logo_BM_White_Hor
e-Aduan

Course Details

POLISI-POLISI

INTEGRITI & GOVERNANS

Untitled-1-03-03

Governans

Governans yang juga merujuk kepada tadbir urus korporat merupakan proses dan struktur yang digunakan untuk mengarah dan mengurus perniagaan dan hal ehwal sesebuah syarikat bagi meningkatkan keuntungan perniagaan dan kebertanggungjawaban korporat dengan tujuan utama untuk mencapai nilai jangka panjang pemegang saham tanpa mengenepikan kepentingan pihak berkepentingan lain.

Polisi Kod Etika Kerja dan tatalaku Kakitangan

Polisi ini merupakan garispanduan untuk mewujudkan sistem urustadbir yang baik dan professional yang menggabungkan nilai akhlak, memastikan tingkah laku kakitangan dalam mengurus urusniaga MBI tidak bercanggah dengan nilai-nilai teras, peraturan dasar dan tindakan seragam yang mengikut undang-undang terpakai dari semasa ke semasa

Mengawal Selia Amalan Kerja

Mengawal selia amalan kerja yang berkaitan dengan urusniaga syarikat serta tingkah laku kakitangan.

Garis Panduan Kakitangan

Garis Panduan Kakitangan Menyediakan garis panduan untuk memastikan tingkah laku kakitangan tidak bertentangan dengan nilai teras MBI dan amalan kebiasaan yang diluluskan.

Tulus dan Berintegriti

Memastikan amalan urustadbir yang tulus dan berintegriti seterusnya menjaga imej dan reputasi syarikat

Polisi Anti-Rasuah dan Penyelewengan

Polisi Anti Rasuah dan Penyelewengan MBI ini disediakan sebagai panduan kepada semua kakitangan MBI, Ahli Lembaga Pengarah MBI, pihak berkepentingan dalam MBI dan rakan perniagaan MBI untuk mengetahui dan memahami kesalahan- kesalahan rasuah dan penyelewengan serta seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.
mewujudkan persekitaran perniagaan bebas rasuah

Bekerjasama dengan kakitangan dan pemegang taruh untuk mewujudkan persekitaran perniagaan bebas rasuah dan mencapai matlamat pencegahan rasuah.

Mematuhi Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 964)

Mematuhi Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 964) atau undang-undang dan peraturan yang serupa atau berkaitan.

Menegakkan piawaian etika tertinggi dalam semua urusan

Menegakkan piawaian etika tertinggi dalam semua urusan perniagaan dan hubungan dengan pihak ketiga yang bertindak untuk atau bagi pihak MBI Selangor dan agensi kerajaan.

Polisi Kod Etika Perniagaan

Polisi ini menyediakan panduan jelas kepada pihak ketiga yang berurusan dengan MBI dan syarikat milikan untuk memastikan kakitangan dan pihak ketiga sentiasa berusaha sedaya upaya untuk berkelakuan jujur dan jika perlu, meninggalkan situasi yang mendedahkan kepada situasi konflik dan berisiko.
Kerahsiaan dan Komunikasi

Kakitangan dilarang mendedahkan, menerbitkan atau membuat kenyataan di media masa berkaitan maklumat sulit MBI.

Kewajiban Pendedahan

Kakitangan hendaklah wajib membuat aduan bagi kesalahan tatalaku yang dilakukan oleh kakitangan lain.

Pematuhan Undang-Undang

Kakitangan hendaklah mengetahui serta mematuhi undangundang dan peraturan negara.

Polisi Konflik Kepentingan

Polisi ini bertujuan untuk memberi panduan kepada warga kerja MBI dan syarikat milikan berkenaan tatacara pengurusan konflik kepentingan dalam melaksanakan tugas dan urusan rasmi syarikat.

Polisi ini juga boleh dijadikan rujukan pihak ketiga yang berurusan dengan MBI dan syarikat milikan bagi mengelakkan konflik kepentingan oleh warga kerja MBI yang boleh menjurus kepada pelanggaran tatakelakuan dan etika kod kerja MBI dan syarikat milikan.

pemilikan ekuiti

Mempunyai saham dalam entiti /syarikat yang mempunyai hubungan perniagaan dengan MBI Selangor,

pesaing perniagaan

Kakitangan tidak boleh bekerja dengan syarikat pesaing selagi mana berkhidmat bersama MBI Selangor.

Penerimaan Hadiah

Penerimaan hadiah yang tidak menepati polisi ditetapkan boleh menjejaskan objektif MBI Selangor

Polisi Penerimaan & Pemberian Hadiah

Memberi panduan kepada kakitangan MBI berkaitan dengan penerimaan dan pemberian hadiah oleh kakitangan samada ketika menjalankan tugas rasmi mahupun di luar waktu tugas rasmi.
hanya hadiah atau hospitaliti

Walau bagaimanapun, hanya hadiah atau hospitaliti yang berbentuk cenderahati korporat atas tujuan usaha sama perniagaan dibenarkan tertakluk kepada garis panduan yang telah ditetapkan.

Musim Perayaan

Semasa musim perayaan, MBI Selangor hanya membenarkan pemberian / penerimaan cenderahati yang merupakan tradisi kebudayaan Malaysia seperti kurma, kuih-muih dan limau mandarin dan mestilah dilaporkan kepada Jabatan Integriti & Governans MBI Selangor.

Polisi Pemberi Maklumat
(Whistle Blowing)

Polisi ini menggariskan panduan untuk mengemukakan sebarang aduan oleh kakitangan MBI dan syarikat milikan, pihak luar yang berurusan dengan MBI dan syarikat milikan atau orang awam bagi melaporkan sebarang salah laku kakitangan MBI dan syarikat milikan, kelemahan sistem dan tatacara kerja, perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa atau tindakan yang menyalahi undang-undang.
Objektif

Membendung gejala rasuah, salah guna kuasa, percanggahan kepentingan, penyelewengan, tuntutan palsu dan pelanggaran prosedur dari berlaku di dalam MBI Selangor.

Perlindungan Kepada Pemberi Maklumat

Pemberi maklumat akan diberi perlindungan dan identitinya dirahsiakan, sejajar dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).

Perlindungan Tetap

Perlindungan tetap akan diberikan walaupun siasatan kemudiannya mendedahkan bahawa laporan tersebut tidak benar.