Pada 29 November 2024, Jabatan Tadbir Urus dan Integriti, MBI dengan kerjasama enam syarikat milikan MBI yang melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) iaitu Central Spectrum (M) Sdn Bhd (CSSB), SSDU Innovations Sdn Bhd (SSDU), KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM), Tourism Selangor Sdn Bhd (TSSB), dan Urbancube Sdn Bhd telah menjalankan Hari Integriti Kumpulan MBI dan Pelancaran OACP Syarikat Milikan MBI.
Program diisi dengan ceramah yang disampaikan oleh En Mohd Rais Ramli, Pengarah Pusat Integriti Sektor Perniagaan daripada Institut Integriti Malaysia (IIM). Selain itu, penyampaian hadiah keseluruhan Kejohanan Sukan Integriti juga disampaikan kepada juara keseluruhan iaitu Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang membawa pulang trofi pusingan.
OACP enam syarikat milikan MBI telah dilancarkan oleh YB Dato’ Ng Suee Lim yang mewakili YAB Menteri Besar Selangor.