Pada 16 Disember 2025, Jabatan Tadbir Urus dan Integriti, MBI dengan kerjasama Yayasan Warisan Anak Selangor dan Yayasan Hijrah Selangor telah menjalankan Hari Integriti Kumpulan MBI Tahun 2025 dan melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP).
Program diisi dengan ceramah yang disampaikan oleh Puan Norhayati Nordin daripada Rasuah Buster dan Dato’ Alias Bin Salim, mantan Pengarah SPRM Negeri Selangor. Program ini dihadiri dalam 230 kakitangan termasuk Ahli Lembaga Pengarah, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Ahli Jawatankuasa Lembaga dan ketua syarikat milikan.
OACP tersebut telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Ahmad Fadzli Bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.