Pada 28 Ogos 2025, sebanyak 11 orang kakitangan MBI Selangor telah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah di Bangunan Darul Ehsan. Sesi ikrar bagi kali ketiga bagi tahun 2025 ini dijalankan bagi memberi peluang kepada kakitangan yang tidak berpeluang untuk menyertainya pada sesi sebelum ini.
Dalam program tersebut, Puan Mudirah binti Muhammad Nor, Ketua Jabatan Tadbir Urus dan Integriti telah membuat sesi penerangan berkaitan kesalahan utama rasuah, liabiliti korporat dan prinsip T.R.U.S.T. kepada kakitangan yang hadir.