Integriti & Governans

IG_Logo_BM_White_Hor
e-Aduan
Acara

KEM KEPIMPINAN CAKNA KOMUNITI & KELESTARIAN

PROGRAM KEM KEPIMPINAN CAKNA KOMUNITI & KELESTARIAN TAHUN 2025

Pada 22 – 24 Disember 2025, Jabatan Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti (“JIG”), MBI Selangor telah menjalankan program KEM KEPIMPINAN CAKNA KOMUNITI & KELESTARIAN bersama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (“PEMADAM”)  Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (“MAIS”) serta Selangor Technical Skills Development Center (“STDC”) bertempat di Nur Laman Bistari, Eco Resort, Ulu Yam Selangor. Pengisian adalah berasaskan nilai teras kepimpinan, kesedaran tentang bahaya dadah dan kepentingan integriti. Perasmian dan serahan sumbangan kepada penduduk setempat telah disampaikan oleh Tuan Saifuddin Shafi Muhammad selaku Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Setiausaha Kehormat Pemadam Negeri Selangor.