KUNJUNGAN HORMAT KE KOMPLEKS SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (“SPRM”) SELANGOR SLOT 1
Jabatan Integriti dan Governans MBI Selangor telah mengadakan satu Kunjungan Hormat Ke Kompleks SPRM Selangor di Seksyen 16.
Program ini telah disertai oleh 36 orang yang terdiri daripada Pegawai Perhubungan Integriti (‘ILO”) dan wakil syarikat daripada 18 syarikat milikan MBI. Kunjungan tersebut telah disambut mesra oleh TPj Dato’ Haji Alias Salim, Pengarah SPRM Selangor. Selain taklimat, kunjungan hormat ini telah diisi dengan sesi lawatan ke fasiliti SPRM Selangor seperti Lokap, Bilik Kawad Cam, Bilik VIR dan Bilik Persiapan Lokap SPRM.