Integriti & Governans

IG_Logo_BM_White_Hor
e-Aduan
Berita

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH BERSAMA YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR

Shah Alam

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) telah membuka tirai tahun 2022 dengan menzahirkan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah IBR) bersama anak syarikat MBI iaitu Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dalam usaha meningkatkan tadbir urus dan membendung jenayah rasuah. Majlis telah berlangsung di Dewan Auditorium Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam.

YBrs. Puan Gan Pei Nie, Pengurus Besar YAWAS telah mengetuai lafaz ikrar bersama 60 orang pegawai dan kakitangan YAWAS di hadapan YBhg. Dato’ Haji Alias bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor. Pengurus Besar YAWAS dalam ucapannya menyatakan sokongan penuh kepada usaha-usaha yang dilaksanakan oleh SPRM dalam mencegah jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di negara ini khususnya di Negeri Selangor.

Pengarah SPRM Negeri Selangor dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan setinggi- tinggi penghargaan atas penganjuran Majlis IBR oleh YAWAS ini dan ianya juga dilihat sebagai tanda sokongan padu MBI ke atas usaha- usaha SPRM dalam membanteras jenayah rasuah. Beliau juga berharap agar usaha-usaha seperti ini dapat diteruskan bagi menyemai dan memupuk nilai integriti yang tinggi di kalangan warga YAWAS khususnya dalam memerangi jenayah rasuah.

Turut hadir dalam majlis ini adalah YBrs. Puan Mudirah binti Muhammad Nor, Ketua Jabatan Integriti & Governans MBI, PPj Kamaruzaman Bin Yusoff, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat, PPj Azuan bin Adzhar, Ketua Unit Perun serta pegawai-pegawai PenMas SPRM Negeri Selangor.

#RasuahDiHinaMaruahDiBina