Integriti & Governans

IG_Logo_BM_White_Hor
e-Aduan
Acara

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH RAKAN PERNIAGAAN KUMPULAN MBI SERTA PELANCARAN BUKU PANDUAN INTEGRITI MBI

Buat julung kalinya @mbiselangor telah mengadakan Majlis Melafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama lebih 1,000 rakan perniagaan MBI dan anak syarikat milikannya di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam

Ikrar Bebas Rasuah atau IBR ini merupakan inisiatif MBI dan syarikat milikan dalam memperkasakan budaya kerja yang telus, berintegriti dan bebas rasuah di kalangan rakan perniagaan.

Turut berlangsung, Pelancaran Buku Panduan Integriti yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor @amirudin_shari . Buku ini mengandungi polisi Integriti MBI yang boleh dirujuk bagi dijadikan panduan oleh semua pihak yang berurusan dengan MBI dan syarikat milikannya.