PERTANDINGAN MELUKIS KOMIK SATU MUKA INTEGRITI MBI TAHUN 2023
Jabatan Integriti dan Governans (“JIG”) telah menganjurkan Pertandingan Melukis Satu Muka Integriti MBI Tahun 2023. Pertandingan ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (”MBI”), kakitangan syarikat milikan MBI, anak-anak kakitangan dan orang ramai akan kepentingan nilai integriti terhadap diri, syarikat dan juga negara serta menyemai nilai-nilai integriti dalam kandungan komik.
Peserta boleh memilih antara empat (4) pilihan tema iaitu:
Tindakan anda diperhatikan dan menjadi ikutan.
Keberkatan rezeki.
Lalui jalan yang benar walaupun pahit dan sukar.
Keselarasan kata-kata dan tindakan.
Hadiah utama disediakan untuk 5 pemenang dan 10 saguhati. Proses penjurian telah dijalankan pada 21 Julai 2023 dan pemenang telah diumumkan pada 2 Ogos 2023.