Pada 20 Mei, Jabatan Tadbir Urus dan Integriti, MBI dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pendidikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (”JTPPSKNS”), Persatuan Taska Negeri Selangor (”PTNS”) dan pasukan Rasuah Busters (”RB”) telah memecahkan rekod dalam Malaysia Book of Records (“MBOR”) dengan penyertaan sebanyak 1,066 kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun mewakili institusi dalam Selangor dalam aktiviti mewarna Buku Kreativiti Integriti bagi memberikan pendedahan awal akan kepentingan nilai-nilai integriti dan menyemai nilai-nilai integriti daripada peringkat kanak-kanak dalam cara dan situasi yang mudah difahami.
Penerangan ringkas telah diberikan melalui penceritaan oleh adik Damia mengenai membuat pilihan yang betul sama ada untuk membuang sampah ke dalam tong sampah ataupun membuang sampah di merata-rata. Hasil karya yang akan dibawa pulang diharap dapat membuka peluang dalam mencetuskan perbualan antara anak-anak dengan ibu bapa mengenai integriti.