Pada 11 dan 12 Ogos 2025, sebanyak 22 orang kakitangan MBI Selangor telah menghadiri Retreat Pembangunan Strategi Antirasuah Organisasi, Organisation Anti-Corruption Strategy (“OACS”) di Hotel Concorde Shah Alam. Sesi ini dianjurkan oleh Jabatan Tadbir Urus & Integriti (“JIG”) MBI dan dipengerusikan oleh Encik Halimy Bin Abdul Hamid selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Strategi Antirasuah Organisasi.