Integriti & Governans

IG_Logo_BM_White_Hor
e-Aduan
Acara

SESI PERBINCANGAN PROGRAM DAN SHARING SESSION BERSAMA MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA)

Pada 8 Julai 2025, Jabatan Tadbir Urus & Integriti( JIG) MBI Selangor telah menerima undangan daripada Bahagian Integriti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi sesi perbincangan awal berkaitan kerjasama sebagai rakan strategik dalam menjalankan program pengukuhan integriti. Selain itu satu sesi perkongsian mengenai amalan tadbir urus, pengalaman, cabaran dan isu-isu dalam menjalankan fungsi integriti turut diselitkan.

Perbincangan diketuai oleh Tuan Mohd Zulfahmee Bin Ismail, Ketua Bahagian Integriti dan Puan Mudirah binti Muhammad Nor, Ketua Tadbir Urus & Integriti MBI.