Integriti & Governans

IG_Logo_BM_White_Hor
e-Aduan
Acara

SUKAN INTEGRITI MBI – BADMINTON

Jabatan Integriti dan Governans (“JIG”) Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) telah mengadakan Sukan Integriti MBI pertama iaitu Badminton yang dijalankan secara liga dan disertai oleh kakitangan MBI dan sembilan (9) syarikat milikan MBI bertempat di TJH Sports Centre, Glenmarie . 

 Pertandingan yang mengumpulkan lebih daripada 100 orang turut diselitkan dengan ceramah ringkas integriti oleh Ketua JIG MBI.  JIG MBI telah melantik pengadil daripada Persatuan Badminton Malaysia agar perjalanan pertandingan lebih lancar dan keputusan yang lebih adil.