Pada 19 dan 20 Ogos 2023, Jabatan Integriti dan Governans (“JIG”) Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) telah mengadakan Sukan Integriti MBI kedua iaitu Volleyball yang dijalankan secara liga dan disertai oleh 216 kakitangan MBI dan syarikat milikan MBI di Dewan Besar Tanjung MBSA, Seksyen 19.
Pertandingan yang mengumpulkan 12 pasukan lelaki dan 6 pasukan wanita turut diselitkan dengan ceramah ringkas integriti oleh Ketua JIG MBI. JIG MBI telah melantik pengadil daripada Persatuan Bola Tampar Malaysia agar perjalanan pertandingan lebih lancar dan keputusan yang lebih adil.